Tuesday, May 17, 2016

Khasiat madu asli

1001 Khasiat Madu Asli
=====================

Umum telah mengetahui khasiat dan keistimewaan madu lebah terhadap tubuh badan kita. Malah ia telah digunakan sejak sekitar 27,700 tahun lalu, di dalam perubatan mahupun kecantikan.

Keistimewaan dan kehebatan madu lebah ini sebenarnya telah dinyatakan di dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah dalam ayat 68- 69 surah An-Nahl:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia.” [QS. An-Nahl : 68]

“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” [QS. An-Nahl : 69]

Berdasarkan surat An-Nahl yat 69, dijelaskan bahwa bahan yang keluar dari perut lebah dengan bermacam-macam warnanya dapat menjadi penyembuh bagi manusia. Pada ayat tersebut tidak dijelaskan mengenai obat untuk penyakit tertentu. Akan tetapi, fakta dilapangan telah membuktikan bahawa produk dari lebah terutama madu lebah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.


Lebah memang makhluk Allah yang istimewa, ia dapat memberikan manfaat dan kenikmatan bagi umat manusia. Seperti yang diterangkan di dalam Al-Qur'an, bagaimana Allah memerintahkan lebah untuk membuat sarang dengan mengambil makanan (nektar) dari berbagai jenis tumbuhan untuk dijadikan madu dan produk lebah lainnya.

Khasiat madu antaranya boleh dikategorikan seperti berikut:

1.  Membantu pembentukan darah

Madu lebah membantu dalam menghasilkan pembentukan darah dan melancarkan perjalanan darah. Dengan itu, ia sangat sesuai untuk pesakit darah tinggi and pesakit jantung.

2.     Agen pembunuh bakteria

Sifat madu yang membunuh bakteria disebut reciprocal inhibition atau kesan inhibisi. Penelitian tentang madu menunjukkan bahwa sifat ini meningkat dua kali lipat bila dicampurkan dengan air. Sungguh menarik bahawa lebah yang baru lahir dalam koloni diberi makan air madu oleh lebah-lebah yang bertanggung jawab merawat mereka-seolah mereka tahu kelebihan madu ini.

3.     Mengatasi keguguran rambut

Bagi orang yang mengalami keguguran rambut atau kebotakan, amalkan 1 sudu madu dicampurka dengan minyak zaitun sebelum mandi. Sapu campuran tersebut di kepala dan biarkan seketika selama 15 minit dan kemudian dibasuh. Insya Allah hasilnya menakjubkan.

4.    Membantu mengatasi masalah jangkitan saluran kencing

Jangkitan saluran kencing atau dikenali sebagai Urinary Tract Infection (UTI) merupakan jangkitan kuman yang menyebabkan kesakitan semasa membuang air. Untuk merawatnya, Amalkan meminum 2 sudu besar madu bersama segelas air suam.

5.     Meredakan Sakit gigi

Sapu madu pada bahagian gigi yang sakit, atau kumur-kumur dengan madu asli akan meredakan dan membantu penyembuhan ketika sakit gigi. Insya Allah

6.     Menurunkan Kolesterol

Kadar kolesterol darah dapat diturunkan dengan amalan rutin madu ditambah dengan minyak zaitun dan Habbatussauda. Ramuan ini dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. 

7.  Mengubati selsema dan batuk

Amalkan makan madu asli 2 sudu besar ditambah air suam bersama minyak Habbatussauda setiap hari selama 3 hari. Ramuan ini dapat menyembuhkan hampir semua batuk dan selsema dan mengurangkan sinus.

8.  Baik untuk pasangan yang inginkan zuriat

Perubatan Yunani dan Ayurveda telah menggunakan madu selama ratusan tahun untuk kesihatan kaum adam dan hawa. Dua sudu besar madu yang diminum secara teratur sebelum tidur akan membantu meningkatkan kesuburan. Wanita yang sukar hamil sebaiknya secara teratur meminum madu yang memiliki kadar bee polen yang tinggi dalam membantu mengembalikan kesuburannya. Insya Allah.


9.  Membantu mengubati sakit atau kembung perut

Madu yang dicampur air suam dapat mengubati sakit atau kembung perut juga dapat membersihkan perut. Ia juga sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami kembung perut dan cirit birit. Kajian di India dan Jepun menyatakan bahawa madu yang diminum bersama kayu manis dapat mengurangi gas dalam perut dan seterusnya menghilangkan gastrik.

 10.   Menghilangkan nafas berbau

Amalan meminum 3 sudu besar madu dicampur dengan air suam dapat melancarkan pencernaaan dan seterusnya membuatkan nafas segar sepanjang hari.


11.   Menghilangkan migrain dan vertigo

Minum campuran madu dan perahan lemon dapat menyembuhkan sakit kepala.

12.   Mengubati asthma atau lelah

Kajian menunjukkan bahawa kandungan gula dalam madu sangat bermanfaat bagi tubuh badan. Warga tua yang mengamalkan pengambilan madu secara rutin ternyata lebih sihat dan bertenaga.

13.   Agen penyembuh kanser

Kanser usus dan tulang dapat disembuhkan dengan madu. Minum 3 sudu besar  madu dengan 1 sudu besar minyak zaitun dan Minyak Habbatussauda selama sebulan 3 kali sehari. Insya Allah dengan izinNya dapat menyembuhkan penyakit kanser yang ada.

14.   Membantu menurunkan berat badan

Diet madu merupakan program menurunkan berat badan yang mampu memecahkan lemak hingga 1,4 kilogram dalam satu minggu. The Honey Diet atau diet madu telah terbukti akan memperbaiki metabolisme tubuh anda serta membakar lemak ketika tidur.

15.   Menyembuhkan influenza

Madu berisi kandungan alami yang membunuh kuman influenza. Maka amalkanlah meminum     madu dari awal peringkat selsema.

16.   Menghilangkan jerawat

        Sapukan madu dicampurkan dengan minyak zaitun pada muka sebelum tidur dan basuh         
        keesokan hari degan air suam. Lakukan secara rutin selama 2 minggu, insyaAllah akan                           membantu menyembuhkan jerawat dengan segera.

17.  Mengatasi radang kulit

        Sapukan pada kawasan jangkitan dan dapat mengatasi masalah radang kulit.

18.    Agen anti-penuaan

Madu yang diamalkan bersama Kurma ditambah zaitun dan Habbatussauda dan diminum tiap hari dapat mencegah penuaan. Ramuan ini membuat kulit segar, halus dan tampak awet muda. Lupakan saja pil-pil kecantikan, kerana tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan.

19.  Mengurangkan arthritis atau sakit sendi

Minumlah 2 sudu besar madu bersama 1 sudu teh minyak habbatussauda. Rasa sakit sendi akan berkurang dalam waktu 1-2 minit. Bagi pesakit arthritis, amalkan minum segelas air suam bersama 2 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis sebelum makan.

20.  Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam

        Kandungan madu yang tinggi dengan zat mineral dan vitamin yang tinggi dapat membantu                   proses pencernaan dan juga menjadi antibiotik semulajadi yang sangat berkhasiat.


Amalkanlah pengambilan madu gunung asli di dalam kehidupan harian untuk kesihatan diri dan keluarga.

Boleh whatsapp 019 936 2576 untuk penerangan lanjut :)